Robo Form

Robo Form

Sebelum ini saya fikir Roboform adalah salah satu generate form software atau pembuat borang online. Saya mahu tahu apakah fungsinya. Saya memahaminya lebih kurang dan tak sabar untuk memuat turunnya segera. Rupa-rupanya roboform adalah pengurus simpanan bagi kata laluan/password kita.

Dialah penyimpan mohor besar data perbadi paling dipercayai yang lebih pantas dan cekap yang kita boleh miliki. Tapi saya pakai sekejap je sebab sebelum ini saya mempunyai folder simpanan saya sendiri dan sudah biasa walaupun agak sedikit lambat berbanding Roboform ni.. Di bawah ini saya senaraikan kelebihan-kelebihan Roboform dan ini adalah pautannya.. www.roboform.com

Semua kata laluan masuk dalam satu tempat
Menyimpan semua login anda dengan tersusun. Anda tidak perlu lagi bimbang tentang mengingati password laman kegemaran anda dan masuk dengan cepat dan selamat.

Isi borang dengan satu 'Klik'
Jimatkan waktu anda dengan mudah mengisi borang hanya satu-klik. Biarkan RoboForm Password Manager mengisi data anda bagi hampir semua bentuk web. Tidak membuang masa dengan menaip..

Akses dari mana saja
Jika anda berada di desktop, komputer riba, netbook, atau telefon bimbit, anda sentiasa boleh dengan selamat mengakses RoboForm Password Manager dari mana saja.

Anda boleh cuba jika anda mahu..

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. J-TUTORIAL - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Modefied Theme by J-REKA TEAM Proudly powered by Blogger