Penggunaan Komputer

Penggunaan Komputer

 Walaupun ini adalah terlalu asas, saya tuliskan juga di ruangan ini. Pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah amat penting. Teringat saya sewaktu mula-mula membeli komputer. Akibat tidak pandai menggunakan komputer dengan betul, komputer saya sering dihantar untuk diperbaiki. Nasib baik pada waktu itu masih ada warranty, kalau tidak lagi banyaklah duit saya lebur untuk kerja-kerja pembaikan.

Apakah perkara asas untuk menjadikan komputer kita lebih 'sihat'? Sebelum membeli kita perlu merancang budget dan keperluan kita. Bagi saya, saya akan melihat processor dan RAM untuk keperluan saya. Sekarang ni kita tidak perlu risau berkenaan itu kerana kita punyai banyak pilihan dengan harga yang berpatutan disamping gadget atau alat tambahan untuk memberi sokongan kepada komputer kita.

Kenapa komputer saya dahulu sering diperbaiki adalah kerana :
  • Tidak tahu shutdown dengan betul
  • Tidak update anti-virus walau percuma
  • Memuat turun fail dari internet dan CD tanpa pedulikan ruang cakera keras (Hard Disc - Local Drive)
  • Tidak pernah periksa - buat disc clean up dan defragmenting
  • Menggunakan multy outlet socket - Iaitu mecampur adukkan plug komponen elektrik lain dengan komputer. Ini tidak bagus bagi tujuan lebih selamat serta kestabilan arus.
  • Plug soket masih terpasang walau telah dengar guruh dilangit.

Jadi, lama kelamaan dek kerana selalu rosak, tersedar dari kesilapan (dan komputer telah menjadi minat utama) saya pun belajar cara-cara yang betul serta cara-cara mengatasi masalahnya. Apa yang saya perbaiki adalah :
  • Untuk shut down. Klik 'start' --> 'shutdown', biarkan benar-benar komputer kita telah pengsan 'tidur' baru cabut plug soket. Untuk switch on semula juga begitu, tunggu komputer telah benar-benar bersedia apabila telah dikejutkan. Janganlah ketika komputer masih lagi mamai dari terjaga kita terus sahaja klik ikon-ikon kat desktop, nanti jammed pula jadinya.
  • Sentiasa check anti-virus. Gunakan yang percuma pun ok juga.
  • Apabila hendak memuat turun fail dari internet pastikan ia benar-benar perlu dan lihat ruang local drive hard disc komputer kita. Jika perlu dan ruang sudah mengecil, dapatkan atau beli external hard drive dikedai-kedai komputer sebagai backup dan penyimpan fail penting lain.
  • Ramai yang menggunakan Windows. Biasa di dalamnya telah tersedia alat clean-up dan juga pasti ada defragmenter untuk menyusun semula fail komputer kita. Selain itu kita boleh guna add/remove di bahagian Control Panel komputer kita. Jika kita masih baru dengan komputer, ia boleh dicari pada 'Start'(lambang Windows) --> dan pada ruangan 'Start Search' dengan menaip sebagai contoh 'defragment'.
Itulah perkara asas bagi menyelamatkan komputer dari jatuh sakit.. :)

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. J-TUTORIAL - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Modefied Theme by J-REKA TEAM Proudly powered by Blogger